Pages

Tuesday, April 27, 2010

Saiyidina Ali Dan Pengemis

Siti Fatimah, isteri Saiyidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saiyidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saiyidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saiyidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saiyidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saiyidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saiyidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saiyidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saiyidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah s.a.w. berjumpa Saiyidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Apabila Saiyidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

Moral & Iktibar

Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan.
Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi.
Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.
Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Friday, April 9, 2010

وَالْعَصْرِ

Sepetang bersama Ustaz Hasrizal Jamil...


Assalamualaikum aku tujukan pada semua..Alhamdulillah, bersyukur pada Allah kerana aku diberikan sihat tubuh badan dan berpeluang untuk bernafas lagi dimuka bumi ini..dan bersyukur tersangat sangat kepadaNya, kerana telah memilih aku dari kalangan warga UMP lain(yang sibuk menguruskan hal-hal & pekerjaan mereka) untuk bersama-sama mendengar Ceramah Motivasi oleh Ustaz Hasrizal Jamil(Saifulislam. com)..oleh itu, aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang telahku perolehi sepanjang ceramah tersebut..

Ustaz Hasrizal menekankan bahawa kita haruslah menetapkan pandangan berdasarkan HATI, bukan berdasarkan MATA,NAFSU, atau AKAL..

"What you see is what you get"..

Berdasarkan hadith ;
"Hiduplah kamu di dunia ini seolah olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan".



-orang yang berjaya adalah orang yang memaksa diri unutk melakukan perubahan
-packing more into your life

"NILAI menentukan besar atau kecilanya batu"

-NILAI adalah "feul" yang akan menggunakan satu tindakan(sikap) hingga sanggup berkorban untuk mendapat atau mempertahankannya. .

ERTI NILAI
1) Kepercayaan: -
i. Berharga
ii. Benar
iii. Betul
iv. Baik

2) "A person's moral priciples or strong belief"

SALAH NILAI
Manusia selalu tersalah nilai..sepatutnya manusia menilai sesuatu berdasarkan HATI bukan berdasarkan MATA

"Pandangan MATA VS pandangan HATI"

DID WE REALIZE????IMPORTANCE OF TIME!!!

1. To realize the value of ONE YEAR, ask a student who failed his or her final exam
2. To realize the value of ONE MONTH, ask a mother who gave birth to a premature baby
3. To realize the value of ONE WEEK, ask an editor of weekly magazine
4. To realize the value of ONE DAY, ask a daily wage laborer who has six kids to feed
5. To realize the value of ONE HOUR, ask a lover who are waiting to meet
6. To realize the value of ONE MINUTE, ask a person who is survived an accident
7. To realize the value of ONE MILLISECOND, ask a person who won a silver medal in the Olympics
8. To realize the value of PRECIOUS LIFE, ask the person who is now six feet under

"Yesterday is the HISTORY, Tomorrow is the MYSTERY, Today is a GIFT,
"That" is why its all PRESENT."

Ustaz Hasrizal juga berkata " Berikanlah tugas pada orang yang sibuk kerana hanya orang yang sibuk sahaja tahu tentang pengurusan masa yang bijak. Manakala orang yang banyak masa lapang sentiasa akan berada pada zon selesa di dunia namun sibuk di akhirat."

"Air yang bertakung, lama-lama akan rosak menjadi busuk" manakala "Anak muda yang relax, tidak aktif dan mempunyai banyak masa lapang, lama kelamaan masa lapang tersebut akan membunuh"

SUMBER